Friday, March 24, 2017

PROMOSI PROGRAM TEAM BUILDING BAGI SEKTOR KERAJAAN & SWASTA


Dianjurkan oleh : 
NAZLELA TRAINING & CONSULTANCY GROUP
Untuk mengetahui kos program, hubungi :
019 - 552 9528 @ 018 - 576 9599

Monday, January 2, 2017

PROGRAM MOTIVASI & PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR



Yang mana satu pilihan skop program yang anda cari???
Hubungi kami untuk perbincangan lanjut tentang perjalanan program dan 

kos perlaksanaannya di talian 019-552 9528 @ 018-576 9599...

Wednesday, December 21, 2016

PAKEJ PROGRAM SEMINAR & PERKHEMAHAN UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Pilihan Skop Program :
· Jati diri, pembentukkan sahsiah & kepimpinan
Bilangan peserta :
· Min 80 & Max 200 orang
Objektif Program :
· Menguatkan minda, menjadi kreatif & pintar
· Melatih diri menjadi lebih fokus & berdisiplin
· Membina semangat jati diri
· Melahirkan nilai-nilai kepimpinan
Lokasi Program :
· Sekolah, Kem Bina Insan, Resort @ Hotel

Dianjurkan oleh NAZLELA TRAINING
Untuk mengetahui kos program, hubungi :
019 - 552 9528 @ 018 - 576 9599

Monday, December 12, 2016

PROMOSI PROGRAM TEAM BUILDING 2021 & 2022 BAGI SEKTOR KERAJAAN & SWASTA

PENGENALAN 
Kecemerlangan merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan sahaja individu tertentu tetapi juga oleh sesebuah organisasi yang berwawasan. Tiada kecemerlangan yang bersama kelemahan dan kegagalan. Manusia mempunyai potensi untuk berfikir, merangka strategi, melaksana dan mencapai tahap kejayaan cemerlang dalam sesuatu gerak kerja yang dilaksanakan. Bagaimanapun, kecemerlangan bukan suatu perkara yang mudah untuk dicapai.Selaras dengan matlamat itu, kami dari pihak Nazlela Training (NLT) menawarkan program“ Semangat Kerja  Berpasukan” sebagai usaha melahirkan lebih ramai pekerja yang bermotivasi tinggi dan berjiwa kental dalam menghadapi cabaran dunia kerjaya bagi menjana kecemerlangan kepada organisasi, diri sendiri dan masyarakat. 

TERBUKA KEPADA
Pegawai dan kakitangan pelbagai kumpulan perkhidmatan. 

OBJEKTIF PROGRAM

- Membina dan meningkatkan keyakinan diri pekerja.
- Memupuk sikap hormat-menghormati dan tolong-menolong dipejabat.
- Menerapkan gaya fikir positif dan ikhlas dalam menjalankan tugasan.
- Menjana pemikiran kreatif / pemikiran diluar kotak.
- Meningkatkan semangat kerja berpasukan.

Hubungi kami pada bila-bila masa untuk mendapatkan sebarang promosi terbaru daripada syarikat kami.

En. Nazari / Pn. Siti Norlela : 018-576 9599
Email : nazlelatrainingent@gmail.com

Wednesday, May 13, 2015

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Monday, March 24, 2014

PELABURAN ISLAM

Diantara ciri kewangan dan pelaburan bukan islam :

(petikan dari arkitikel oleh Uztaz Zaharuddin).

Jaminan wang modal pelaburan tidak lupus : Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL.(Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;

Kaedah Fiqh yang diambil dari Hadith menyebut : Al-Gunm Bi al-Gurmu (profit is by taking risk) Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menhadapi risiko". Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi.

Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini (jaminan modal oleh si pengusaha atau jaminan untung atau kedua-daunya sekali) adalah sebenarnya pinjaman dengan riba (dalam bentuk untung dan modal yang dijamin, ia adalah sama dengan orang memberi pinjam duitnya kepada individu B, pada tempoh tertentu, modal mesti terjamin, untung juga terjamin).

Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram secara sepakat.

Tetapi Islam, menghalalkan jaminan modal yang datang dari pihak ketiga dan bukannya oleh si pengurus dana pelaburan itu. 


Rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah :-

1) Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui

2) Pelabur

3) Pengusaha

4) Bisnes yang halal / Pekerjaannya

Antara syarat sahnya pula :-

1) Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.

2) Tiada jaminan modal selamat.

3) Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu.(Kebanyakan dr masyarakat melayu islam mengharapkan jaminan keuntungan yang bukan sahaja tetap, malah pulangan yang tinggi cthnya skim cepat kaya yang banyak wujud dalam masyarakat kita)

Oleh itu,sebagai umat islam, carilah pelaburan yang halal dari segi hukum syarak, kerana yang haram dan was-was akan menyeksakan kita kemudian hari nanti..

Kita ada banyak pilihan..

SIHAT CARA RASULULLAH

MAHUKAH KITA SIHAT CARA RASULULLAH?


Rasulullah saw bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat fardhu, solat Subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yang baik untuk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan (metenteramkan jiwa).

SELALU MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa rapi dan bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencukur rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah saw : "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaqun Alaih) .

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 unsur : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan bahawa kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan .
- Segeralah berwudhu'.
- Solat 2 rakaat untuk mendapat ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi ketenangan jiwa sehingga kita tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga kesihatan hati & ketenangan jiwa, jauhilah sifat iri hati