Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Nazlela Training & Consultancy Group (NLT) merupakan sebuah konsultan latihan motivasi dan bina insan yang tampil dengan pelbagai bentuk modul ke arah penghasilan modal insan yang lebih cemerlang dengan pelbagai kemahiran. Modul-modul latihan dan motivasi di Nazlela Training dibangunkan untuk memenuhi tuntutan modal insan, sesuai untuk semua golongan termasuk pelajar, orang awam, ibu bapa, badan-badan kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta.
Nama Botani
|
Zingiber Officinale Ross
|
Nama lain
|
Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen (Thailand)
|
Famili
|
Zingiberaceae
|
Pengenalan
|
Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit.
|
Khasiat dan Kegunaan
|
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat- ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri
|
KHASIAT AIR ZAMZAM DIGUNA SEMASA MEMBASUH HATI NABI MUHAMMAD (S.A.W.) |
Sesungguhnya Allah (SWT) telah mengkhususkan air zamzam untuk membasuh sesuatu yang sangat mulia iaitu, hati Nabi Muhammad (s.a.w.). Hati yang mulia itu tidak akan dibasuh melainkan dengan air zamzam. Air yang paling suci dan mulia. Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ibnu Malik (r.a.): "Bahawa Muhammad (s.a.w.) ketika masih kecil didatangi oleh Malaikat Jibril (a.s.), sewaktu Baginda bermain-main bersama kanak-kanak yang sebaya dengan Baginda. Malaikat Jibril (a.s.) segera mendakap Baginda untuk membedah dada Baginda. Lalu hati Nabi Muhammad (s.a.w.) dikeluarkan bersama gumpalan darah yang menyelimuti hati Baginda. Malaikat Jibril berkata:" Ini adalah bahagian yang dikuasai syaitan.". Kemudian hati tersebut dibasuh di atas mangkuk, bekas yang diperbuat daripada emas, dengan air zamzam. Setelah selesai, hati Baginda dicantum semula ke tempatnya. Rakan-rakan Baginda waktu itu, berlari-larian menuju kepada ibu mereka yang juga adalah sebagai ibu angkat Nabi Muhammad (s.a.w.). Mereka mengadukan halnya bahawa Baginda (s.a.w.) telah pun dibunuh. Mereka bergega segera datang dan mendapati yang Baginda (s.a.w.) kelihatan berwajah pucat." Anas (r.a.) berkata "Saya pernah menyaksikan kesan jahitan di dada Baginda, ekoran peristiwa itu."
Dalam riwayat yang disampaikan Imam Bukhari disebutkan, "Diriwayatkan dari Anas ibnu Malik (r.a.), berkata: "Abu Zar (r,a.) pernah menyampaikan sebuah berita bahawa Rasulullah (s .a.w.) bersabda "Pernah suatu ketika bumbung rumahku terbuka sewaktu aku masih di Makkah. ketika itu turunlah malaikat Jibril (a.s.). Ia kemudian membedah dadaku dan mernbasuhnya dengan air zamzam. Selepas ia datang membawa mangkuk yang terbuat daripada emas, yang dipenuhi dengan hikmah dan keimanan. Isi mangkuk itu kemudian dimasukkan ke dalam dadaku dan segera ditutupnya. Kemudian ia memimpin tanganku dan kami naik ke langit dunia."
Hati Nabi Muhammad (s.a.w.) pernah dibedah empat kali. Pertama, sewaktu Baginda berumur tujuh tahun dan tinggal bersama ibu angkat yang menyusukannya iaitu Halimah Sa'diah, seperti yang telah dikemukakan dalam hadis sebelumnya. Kedua, sewaktu berusia sepuluh tahun. Ketiga, sewaktu malaikat Jibril (a.s.) datang untuk menyampaikan wahyu sebagai petanda diangkat sebagai Nabi.Keempat, pada Malam Israk, seperti telah dikemukakan sebelumnya. Kesemua itu menunjukkan betapa agungnya hikmah yang terkandung dalam penciptaan air zamzam. Peristiwa di atas juga menunjukkan penghormatan kepada Nabi Muhammad (s.a.w), bagi menambahkan kekuatan dan persediaan masa hadapan, serta isi hati Baginda. Keadaan ini bertujuan agar Baginda mampu menerima wahyu dan mempersiapkan diri berhadapan dengan Allah (SWT) dan berdialog dengan-Nya. Oleh sebab itulah hati Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah merupakan hati yang paling suci dan baik, paling kuat dan lapang serta paling takwa dan bersih.
|
DIGUNA SEMASA MEMBASUH HATI NABI MUHAMMAD (S.A.W.) KHASIAT AIR ZAMZAM
|
KHASIAT AIR ZAMZAM AIR TERBAIK DI BUMI |
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
|
Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit.
|
Rasulullah (s.a.w.) adalah Nabi kita yang sangat jujur dan tidak akan mengucapkan sesuatu kecuali wahyu yang Baginda terima dari Allah (SWT). Baginda memberitahu bahawa air zamzam adalah air terbaik di muka bumi. Pada air zamzam terdapat segala kebaikan, khasiat dan keberkatan. Maka jika ada sesiapa pun yang lebih mengistimewakan air biasa berbanding air zamzam d isebabkan oleh kejahilannya terhadap keistimewaan air zamzam, atau lantaran imannya yang lemah, maka sesungguhnya ia telah melakukan kesalahan besar. Ia telah menjauhi kebenaran yang diberitakan oleh Baginda Rasulullah (s.a.w.). Bagaimana mungkin, air zamzam didakwa sebagai bukan air terbaik, sedangkan di dalamnya terdapat kebaikan, keberkatan, khasiat, kekhususan dan keistimewaan tersendiri yang tidak mungkin terdapat pada air-air biasa,
|
AIR TERBAIK DI BUMI KHASIAT AIR ZAMZAM
|
Segala puji hanya bagi Allah (SWT), Tuhan Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam semoga sentiasatercurah ke atas Baginda, Nabi Muhammad (s.a.w.) yang diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam. Demikian juga kepada kaum keluarga dan para sahabat Baginda, serta kepada orang-orang yang sentiasa menghidupkan sunnahnya sehingga ke hari kiamat.
Sesungguhnya air zamzam adalah sebagai nikmat yang agung. Zamzam adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah (SWT) yang besar kepada Baitullah dan Tanah Haram, serta termasuk di antara ayat-ayat Allah yang nyata. Air zamzam merupakan anugerah terbesar yang dapat disaksikan dengan jelas dan pasti. Air zamzam adalah "samarat" (makanan, buah-buahan & nikmat) pertama yang diberikan oleh Allah (SWT) kepada Nabi-Nya, Ibrahim (a.s) - semoga selawat dan salam sentiasa dirahmati ke atas Baginda. Air zamzama dalah nikmat pertama yang diberikan kepada Nabi Ibrahim (a.s.) ketika Baginda berdoa:
|
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di sebuah lembah yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan, berdekatan rumah Mu yang mulia. Wahai Tuhan kami (yang demikian itu), agar mereka dapat mendirikan solat, maka jadikanlah hati-hati manusia cenderung kepada mereka, berikanlah rezeki kepada mereka sebahagian daripada samarat (makanan, buah-buahan & nikmat), mudah-mudahan mereka bersyukur.
(Surah Ibrahim:37).
|
oleh yang demikian, air zamzam adalah minuman dan hidangan daripada A llah (SWT) kepada anakkekasih-Nya (Khalilullah, ertinya kekasih Allah, iaitu gelaran yang dikumiakan kepada Baginda Nabi Ibrahim [a.s.), iaitu Ismail - semoga selawat dan salam sentiasa dirahmati Allah (SWT) ke atas Baginda berdua. Air zamzam adalah air yang penuh keberkatan dan kemuliaan, yang wujud di tanahpaling suci dan penuh keberkatan menerusi Malaikat Jibril.
Air zamzam adalah air yang mempunyai khasiat, keistimewaan dan keutamaan yang besar, kerana ianya adalah air terbaik yang menjadi "pemimpin" segala air yang selainnya. Air zamzam adalah air yang paling mulia, hal ini berdasarkan sabda Baginda Rasulullah (s.a.w):
|
Air terbaik di muka bumi adalah air zamzam
|
Air zamzam adalah air yang digunakan untuk membasuh hati Baginda yang paling mulia, Nabi Muhammad (s.a.w.). Hati Baginda, Nabi Allah yang paling mulia hanya dibasuh dengan air yang paling mulia pula. Allah (SWT) memberikan keistimewaan kepada air yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Baginda Rasulullah (s.a.w.) ada bersabda:
|
Sesungguhnya air zamzam itu penuh keberkatan, air itu mengenyangkan dan dapatmenyembuhkan penyakit.
|
Jika kita meminumnya dengan niat ingin menghilangkan rasa lapar, maka Allah (SWT) akan memberikan rasa kenyang kepada kita. Jika kita meminumnya dengan niat ingin sembuh daripada penyakit, maka Allah (SWT) akan memberikan penyembuhan terhadap penyakit tersebut. Bahkan, jika kita meminum air zamzam untuk pelbagai keperluan, maka Allah (SWT) akan memperkenankan keperluan tersebut. Hal ini bersesuaian dengan apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah (s..a.w.) dalam salah satu hadis:
|
Air zamzam itu terpulang kepada niat untuk apa ia diminum
|
Air zamzam adalah air yang diberkati oleh Baginda Rasulullah (s.a.w.) menerusi percampuran ludahBaginda (air liur) yang suci, hinggakan keberkatannya berlipat-ganda. Baginda Rasulullah (s.a.w)telah pun berwuduk dengan air zamzam. Baginda juga kerap mengambilnya sebagai miinuman. Kekerapan mengambil manfaat daripada air zamzam adalah merupakan unsur-unsur keimanan dan petanda terbebasnya saseoranng itu dari sifat-sifat munafik. Hal ini bersesuaian dengan hadisBaginda:
|
Sesungguhnya yang membezakan identiti kita dengan orang-orang munafik adalah, bahawa
orang-orang munafik tidak mengambil manfaat daripada air zamzam
|
Memandangkan bahawa air zamzam mempunyai keistimewaan besar dan mengandungi kebaikan, maka air zamzam merupakan hidangan dan pemberian yang paling utama. Sebab itulah, Baginda Rasulullah (s.a.w.) sentiasa memberikan air zamzam apabila Baginda ingin menjamu hidangankepada seseorang. Baginda Rasulullah (s .a.w.) juga menjadikan air zamzam sebagai bekalan ketikadalam perjalanan, membawanya ke pelbagai ceruk rantau. Aisyah (r.a.) juga membawa air zamzamdan berkata bahawa Baginda Rasulullah (s.a.w) sentiasa membawanya. Jumlah air zamzam yang sangat banyak itu, tidak akan habis kekeringan meskipun saban hari kerap digunakan. Ianya tidak akan habis selagi dunia ini belum berakhir. Air zamzam merupakan salah satu daripada mata air syurga. Itulah sebabnya ianya mempunyai kelebihan, kebaikan dan keberkatan.
|