Saturday, September 22, 2012

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai 2

Tip #3
Tips seterusnya, setelah anda tahu bahawa anda akan rasa gementar jika anda berdiri seperti orang yang gementar, anda perlu tahu bagaimana cara orang yang berkeyakinan tinggi berdiri pula. Maksudnya, anda perlu perhatikan, jika seseorang yang berpengalaman berucap dikhalayak ramai, bagaimana cara beliau berdiri.
Perhatikan, bagaimana rupanya orang yang berkeyakinan tinggi ini berucap. Ini adalah penting. Jika anda tidak boleh bayangkan bagaimana cara ini dilakukan, anda akan hadapi kesukaran untuk melakukannya.
Sama seperti orang belajar menunggang basikal. Jika anda mahu menunggang basikal dengan baik dan hebat, anda perlu tiru cara pergerakan seseorang yang hebat menunggang basikal. Dengan meniru pergerakan mereka, anda boleh tiru mereka.
Apa yang boleh anda lakukan mulai hari ini, mula buka mata anda dan lihat disekeliling anda. Cari peluang melihat orang professional berucap. Perhatikan cara mereka. Anda boleh lihat cara orang berucap di televisyen. Anda boleh lihat di sekolah. Jika sudah bekerja, anda boleh melihat di tempat kerja atau di tempat anda berkursus.
Semasa memerhatikan mereka berucap, bayangkan anda sedang berucap seperti mereka. Ini sangat penting! Bayangkan yang anda sedang berucap dengan hebat seperti mereka.
Selamat mencuba!


Tip #4
Jadi, dua tips sudah anda pelajari tentang cara bercakap dikhalayak ramai. Pertama, sedari cara anda berdiri semasa anda gementar dan kedua perhati dan tiru cara orang professional berucap.
Tips ketiga…….. mudah sahaja tips ini. Bayangkan semula semasa anda berucap di depan khalayak ramai. Jika anda atau sesiapa sahaja sedang berucap dalam keadaan berdebar dan gementar, tahukah satu perkara yang anda atau mereka lupa lakukan? Apa agaknya yang anda mungkin terlupa lakukan ya…..?
Percaya tak kalau saya kata anda lupa untuk BERNAFAS……….? Pelik tak bunyinya….?
Ini adalah benar. Kerana anda terlalu rasa berdebar, anda mungkin masih bernafas, tetapi anda tidak bernafas dengan normal. Anda bernafas dengan begitu laju macam anda baru berlari pecut seratus meter. Mungkin anda tidak sedar tentang perkara ini.
Oleh kerana anda bernafas dengan terlalu laju, ada dua perkara utama yang berlaku.
  • Pertama, percakapan anda menjadi laju. Bayangkan anda bercakap 100 patah perkataan dalam satu nafas, laju tak agaknya? Tentu laju bukan? Ini membuat percakapan anda tidak jelas. Penonton pula tidak akan faham apa yang anda katakan. Disebabkan itu, anda jadi semakin berdebar, lalu pernafasan anda semakin laju. Silap-silap, anda akan jatuh pengsan…….
  • Kedua, pernafasan yang laju adalah pernafasan yang pendek. Ini bermaksud, udara cuma berada dalam paru-paru anda sekejap sahaja sebelum ia dikeluarkan semula. Paru-paru anda tidak akan sempat untuk menyerap oksigen dengan baik, lalu anda akan kekurangan oksigen. Lebih teruk lagi, kekurangan oksigen ini akan mengurangkan keupayaan anda untuk berfikir dengan baik kerana otak anda kekurangan oksigen. Jadi, ucapan anda menjadi kelam kabut. Kemudian apa? Semakin teruk lagi perasaan gementar anda dan semakin teruk lagi ucapan yang anda berikan.
Jadi, latihan hari ini, berdiri depan cermin, cuba bernafas dengan laju. Bernafas macam anda baru dikejar hantu…   Cuba perasan apa rasanya… bolehkah anda berfikir dengan baik kalau dalam keadaan begini…..?




Teknik Bercakap di Khalayak Ramai




Tip #1
Mari kita mulakan dengan pembuka tips ini semua. Saya mahu anda lakukan sesuatu.
Mula-mula, berdiri di depan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda. Harapnya, cermin itu anda boleh lihat seluruh tubuh anda, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kemudian, pejamkan mata anda. Tenangkan fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.
Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang. Semua orang di dewan itu sedang memerhatikan anda. Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu anda sedang bercakap.
Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu? Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda lemah? Adakah anda rasa perut anda memulas? Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?
Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan dengan serius, anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara untuk memajukan diri anda.
Jadi, latihan pertama hari, lakukan aktiviti tadi. Cari cermin besar tadi. Kalau tak ada cermin di rumah, cari di tempat lain seperti di sekolah anda, rumah sahabat anda atau kalau tak jumpa sangat, gunakan tandas awam pun boleh. (Tapi cari tandas awam yang bersih la ye, nanti konsentrasi terganggu dengan bau busuk pulak….  
Selamat mencuba!



 Tip #2
Anda sudah lakukan latihan tip #1? Jika belum, anda mungkin akan hadapi kesukaran untuk memahami apa yang akan dibincangkan dalam beberapa hari ini. jadi, lakukan latihan itu dahulu sebelum anda mulakan.
Setelah anda berdiri dan bayangkan yang anda sedang berdiri di depan khalayak ramai, dapatkah anda rasa debaran dan rasa gementar dalam diri anda. Terus terang, walaupun saya sudah banyak kali membuat program di depan khalayak ramai, saya masih merasa gementar setiap kali saya mahu memulakan sesuatu program atau setiap kali saya mahu mula bercakap.
Sebenarnya, rasa gementar itu adalah normal. Anda akan rasa walaupun anda sudah berpengalaman. Apa yang membezakan seseorang yang berpengalaman atau tidak ialah, seseorang yang berpengalaman tahu bagaimana mahu mengawal dan menggunakan rasa gementar itu untuk menjadi hebat semasa bercakap.
Soalan saya lagi, adakah anda sedar bagaimana cara anda berdiri semasa anda merasa gementar? Lakukan latihan semalam sekali lagi. Apabila anda sudah dapat bayangkan situasi semalam dan mula merasa gementar, buka mata dan lihat cara anda berdiri. Lihat memek muka anda. Lihat kedudukan bahu anda juga. Anda akan lihat bagaimana cara seseorang yang merasa gementar berdiri.
Ini adalah pengajaran yang penting. Oleh kerana anda berdiri seperti seseorang yang sedang merasa gementar, anda pasti merasa gementar dan takut. Jadi, pengajaran pertama untuk bercakap dengan yakin di depan orang ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang yang sedang berdebar dan gementar.
Tugasan untuk anda hari ini, lihat kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja sedang berucap. Bolehkah anda lihat siapa yang sedang merasa gementar (nervous) semasa berucap di khalayak ramai….? Bolehkah anda kesan sama ada mereka rasa berdebar atau tidak? Bolehkah anda lihat debaran itu semua melalui pergerakan tubuh mereka….? Perhatikan………



Wednesday, September 19, 2012

Makanlah Makanan Ini Tiap Hari Jika Ingin Awet Muda


blueberry 


Penuaan dini sering dialami bagi sebagian besar wanita. Kulit keriput atau garis-garis wajah yang terlihar kendur. Mengubah gaya hidup sehat, dengan mengatur pola makan yang benar sangat dianjurkan. Cara alami ini dapat mencegah penuaan dini.

Memperlambat proses penuaan dini diketahui dapat mencegah berbagai jenis penyakit. Di antaranya, osteoporosis, diabetes dan penyakit jantung. Seperti yang direkomendasikan oleh EatingWell, 6 makanan kaya antioksidan ini baik untuk mencegah penuaan dini.

1. Minyak Zaitun:
Hasil penelitian yang dilakukan 32 tahun silam oleh Seven Countries Study, menyebutkan bahwa lemak tak jenuh tunggal dalam minyak zaitun bermanfaat untuk menurunkan risiko penyakit jantung dan kanker. Minyak zaitun juga mengandung polifenol yang merupakan senyawa antioksidan.

2. Yogurt:
Produk olahan susu yang difermentasi ini kaya akan kalsium. Dapat mencegah osteoporosis dan kandungan bakteri lactobacillusnya dapat menjaga kesehatan pencernaan. Selain itu juga mengurangi risiko peradangan pada usus.

3.Ikan:
Sejak 30 tahun lalu, para ahli mulai meneliti berbagai produk ikan di Alaska berkaitan dengan penyakit jantung. Hasilnya ditemukan bahwa ikan adalah sumber asam lemak omega-3 yang membantu mencegah penumpukan kolesterol dalam arteri serta menjaga irama detak jantung tetap normal.

4.Cokelat:
Orang-orang yang tinggal dilepas pantai Panama, tercatat memiliki risiko penyakit jantung. Namun risiko berkurang hingga sembilan kali lipat, setelah mengkonsumsi kokoa. Kokoa kaya akan flavanols yang dapat menjaga kesehatan pembuluh darah. Guna mengurangi risiko tekanan darah tinggi, diabetes tipe-2, penyakit ginjal dan demensia.

5. Kacang-kacangan:
Studi yang dilakukan oleh kelompok Seventh-Day Adventists, menunjukkan bahwa orang yang makan kacang selama 2,5 tahun risiko terkena penyakit jantung juga turun. Manfaatnya hampir sama dengan minyak zaitun.
Penuaan dini sering dialami bagi sebagian besar wanita. Kulit keriput atau garis-garis wajah yang terlihar kendur. Mengubah gaya hidup sehat, dengan mengatur pola makan yang benar sangat dianjurkan.

6. Blueberry:
Pada riset tahun 1999 di Tufts University’s Jean Mayer Human Nutrition Research Center on Aging ditemukan, jika makan ekstrak blueberry bisa memperpanjang umur hingga 10 tahun. Blueberry juga dapat mengurangi peradangan dan keruskaan oksidatif yang berhubungan dengan fungsi motorik dan memori otak.

Thursday, September 6, 2012

Ayat Motivasi dan Mutiara Kata


  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
  16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
  19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
  20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Motivasi DIRI melalui RASA PERCAYA DIRI

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu. 

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :

- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imajinasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup. 

3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka. 

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

Manzil recited by Qari Ayyub Essack

Selamat Beramal, Semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Sunday, September 2, 2012

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :
"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih,dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.

Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu WaTaala dengan berkata yang ertinya :
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan
kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal.
Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya.
Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :
Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" . 
(Surah Al-Anbiya : 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu WaTaala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus
juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani" .
Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya
ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan
berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam,
mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada
sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:
"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?
Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".
(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini
menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

PETUA MENCUCI HATI


Tip-tip untuk semua 

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a 
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. 
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran 
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
- Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif 
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -( CUBALAH!! ).

8. Berpuasa 
Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati 
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.
Walau pun sedikit. kalau terlalu miskin sedekahlah senyuman kerana Nabi saw pernah bersabda; 'senyum itu sedekah'. Senyum juga boleh awet muda tau..

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan 
jangan makan makanan yang subhat (was-was, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb).
Jangan dengar orang mengumpat.

            "Wahai Tuhan... 
Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgamu ...
   namun aku tidak pula anggup menanggung siksa nerakamu...
      dari itu ampukanlah dosa dosa ku
       sesungguhnya Engkaulah pengampun
         dosa dosa besar.
           kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
                   "Ya Allah...
 jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
   ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"........


                     ...Amin... 

KHASIAT TIMUN


Tip-tip untuk semua

-   Burpless Bush Cucumber - 25 Seeds-GARDEN FRESH PACK!Timun sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala sebaik dihiris, isi putih kehijauan terserlah.

Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas, sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk menusia.

Nutrisi Timun

Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas :

* Karbohidrat - 3.63 gm
* Gula - 1.67 gm
* Serat - 0.5 gm
* Lemak - 0.11 gm
* Protein - 0.65 gm
* Thiamin (Vitamin B1) - 0.027 mg
* Riboflavin (Vitamin B2) - 0.033 mg
* Niacin (Vitamin B3) - 0.098 mg
* Asid Pantotenik Acid (Vitamin B5) - 0.259 mg
* Vitamin B6 - 0.040 mg
* Folat (Vitamin B9) - 7 μg
* Vitamin C - 2.8 mg
* Kalsium - 16 mg
* Besi - 0.28 mg
* Magnesium - 13 mg
* Fosforus - 24 mg
* Potasium - 147 mg
* Zink - 0.20 mg

Kegunaan

# Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.

# Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.

# Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.

# Hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.

# Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.

# Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.

# Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.

# Timun mengandungi erepsin - enzim yang membantu menghadamkan protein.

# Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut, terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kobis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik dalam badan.

# Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.

KHASIAT PEGAGA


Nama Tempatan : Pegaga
Nama Saintifik : Centella Asiatica/Hydrocotyle Asiatica
Nama Lain : Tapak Kuda(Indonesia),Indian Pennywort, Gotu Kola
Famili : Apiaceae/Umbelliferae

Pengelasan saintifik

Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Order : Apiales
Famili : Apiaceae
Genus : Centella
Spesies : C. asiatica

Keterangan:

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab seperti kebun, ladang, tepi jalan dan batas sawah. Ia pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi dan manis. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Di Indonesia, bunga dan buah pegaga tidak dimakan kerana ia dikatakan menjadi punca penyakit reumatisme sekiranya terlalu banyak dimakan. Namun ada juga orang yang yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka. Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.

Fakta sejarah
Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam, pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

Kajian yang dilakukan pada 1949, mendapati pegaga mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan seterusnya yang dijalankan sekitar tahun 1950-an pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit. Sebagai 'makanan menjana kecerdasan otak', herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran

Herba ini mula digunakan dalam perubatan Ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba Shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu

Jenis-jenis Pegaga Di Malaysia

1. Pegaga Cina Atau Pegaga Nyonya
2. Pegaga Daun Lebar
3. Pegaga Kelantan
4. Pegaga Renek
5. Pegaga Salad
6. Pegaga Gajah
7. Pegaga Brunei

Kandungan

Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen anti alergi, anti kanser, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.

Kegunaan:

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk
revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :

1.Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9.Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
14. merangsang otak – kuat daya ingatan (mencegah nyanyuk)
15. melambatkan proses penuaan

Sifat dan Manfaat

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

http://www.bio-asli.com

-------------------------------------------------

Tumbuhan seperti pegaga mempunyai pelbagai keunikan untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk di kalangan kanak-kanak kurang upaya.

Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Pemakanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed menyifatkan tumbuhan herba yang lazimnya dijadikan ulam-ulaman itu membantu meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf di kalangan kanak-kanak terbabit.

Ini kerana pegaga mempunyai kesan pelalian pada saraf. Bagi mereka yang mahu meningkatkan daya ingatan, pegaga antara pilihan herba yang baik berdasarkan hasil kajian dijalankan UPM kira-kira dua tahun lalu.

Kajian di kalangan lelaki dan wanita lingkungan usia 35 hingga 55 tahun itu mendapati pegaga bukan saja berupaya meningkatkan ingatan malah mengurangkan paras glukos dan kolesterol. Bagi lelaki pula, Prof Suhaila mengakui ia didapati dapat meningkatkan tenaga seksual.

Di pelosok dunia lain, penggunaan pegaga atau secara saintifiknya dikenali sebagai centella asiatica turut tersenarai dalam dunia perubatan herba ayurveda dan tradisional Cina. Perubatan ayurveda menyifatkan tumbuhan herba ini sebagai tonik otak, antara lain bagi membantu meningkatkan daya ingatan, usia panjang dan mengekalkan keremajaan.

Dalam perubatan berkenaan, seluruh bahagian pegaga dianggap sesuai untuk membantu meningkatkan daya ingatan. Di kalangan masyarakat India, tumbuhan berkenaan dipercayai membantu mengatasi pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, sakit badan, asma, ulser serta menyembuhkan luka.

Perubatan tradisional Cina pula memanfaatkan pegaga untuk membantu mengatasi masalah keletihan secara fizikal dan mental. Dalam pelbagai kajian lain, pegaga memiliki pelbagai kegunaan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk pembentukan kolagen, membolehkan seseorang tidur lebih lena, merangsang selera makan serta membantu dari segi rawatan pernafasan, reproduktif, saraf, antiradang dan meningkatkan pengaliran darah.

Dalam penyelidikan yang menggunakan tikus sebagai sampel, didapati tikus yang diberi makan pegaga lebih aktif dan tubuh haiwan itu kurang lemak manakala organ dalaman tikus itu juga lebih sihat berbanding tikus yang tak diberi makan pegaga, jenis pegaga yang agak popular ialah pegaga gajah dan pegaga kampung dikategorikan di bawah spesies centella asiatica.

Pegaga yang turut dikomersialkan masa kini antaranya dalam bentuk sabun namun ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk barangan lain termasuk barangan kosmetik memandangkan keupayaan pegaga serupa seperti vitamin C.

Lebih elok jika mengambil pegaga mentah atau segar tetapi lantaran kesuntukan waktu kini, tak salah jika ia dikomersialkan kerana penggunaannya mungkin lebih mudah.

---------------------------

Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.