Saturday, January 26, 2013

Doa itu Wireless : Doa untuk Anak Cerdik & Mendengar Kata


1. Mulakan dengan niat supaya anak-anak kita menjadi insan cerdik yang soleh & solehah.

2. Baca surah Al-fatihah 1 kali.
 3. Baca ayat kursi 1 kali


4. Baca Surah Al- Insyirah 1 x


5. Baca Surah Toha ayat 1 hingg 5, 1 kali



Bacakan di telinga anak-anak ketika mereka sedang nyenyak tidur... Semoga memberi manfaat kepada kita semua...

*****

Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah, dengan kekuasaanMu, Engkau jadikanlah anak-anak kami sebagai zuriat yang soleh dan solehah. Kurniakanlah kepada mereka hati-hati yang penuh dengan rasa taqwa kepadaMu. Permudahkanlah bagi mereka untuk melakukan segala kebaikan agar menjadi bekal mereka kelak. Lindungilah mereka dari segala bala dan petaka serta jauhkanlah mereka dari segala fitnah. Ya Allah yang Maha Penyayang, izinkanlah anak-anak kami untuk menabur segala jasa mereka agar menjadi benih pahala untuk mereka. Takdirkanlah segala yang terbaik untuk anak-anak kami di dunia dan juga di akhirat kelak. Tentukanlah syurga untuk anak-anak kami ya Allah.. Amin...

Surah Insyirah - Amalan Ketika Anak-Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan


AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN UPSR/PMR/SPM/Dip/Degree/Master/PhD DENGAN MUDAH DAN TENANG

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR/PMR dan SPM tahun ini ada sikit tips untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab peperiksaan di dalam Dewan Peperiksaan.

Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.


KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber: Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya di dalam akademik. Alhamdulillah semuga kita dapat berkongsi bersama-sama.

Wasallam.

Thursday, January 17, 2013

Peranan Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Untuk Kesihatan Manusia




Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrisi seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenalpasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana mereka telah mengenalpasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Kajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenalpasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memujarabkan pelbagai jenis penyakit. Malah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat mengurangkan pengambilan ubat sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenalpasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.


Buah Kelo

Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Nama saintifiknya adalah Moringa Oleifera dan buah ini amat baik untuk jantung, saraf dan peredaran darah. Buah kelo amat berkesan untuk meredakan demam panas.

Air perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium, malah juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu menambahkan darah dan menentang pelbagai jenis penyakit. Jus buah kelo digunakan untuk tujuan melawaskan kencing serta membantu menghilangkan rasa kembung dan senak akibat ketidakcernaan.


Daun Salad

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malah juga enak dimakan begitu sahaja. Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca Sativa, merupakan penawar kepada masalah insomnia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, magnesium dan zink serta mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.

Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekaligus menghilangkan segala keresahan yang melanda. Daun ini juga mengandungi karotin, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan.


Kobis

Brassica Oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluarga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malah juga berkesan untuk mengubati masalah-masalah lain di usus.

Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B-Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluaran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolesterol, meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.


Timun

Di sesetengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya ialah Cucumis Sativus. Ia mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti, yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menghidapi sakit tekak apabila diserang batuk, penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun di mana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.


Kucai

Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur atau ulam.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekaligus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Petua Daun Sirih



Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera.
Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.
Ari-ari Pedih - Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Barah - Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.
Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang
Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.
Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.
Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
- Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.

Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.
Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya
Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.
Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
- Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.
Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.
Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.
Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.
Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).
Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.

Tuesday, January 1, 2013

Memasang azam baharu


Memasang azam baharu

TAHUN demi tahun berlalu, kian laju dan meninggalkan kita sama ada kita mahu atau kita tidak setuju. Dalam Islam, kiraan tahun bermula kala Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah. Ia digagaskan semasa Saiyidina Umar al-Khattab menjadi pemerintah; bukannya tercetus pada zaman Rasulullah SAW. Manakala, tahun Masehi pula digagaskan oleh golongan Nasrani, berdasarkan kepada tarikh kelahiran Nabi Isa as atau disebut Isa al-Masih.
Di Malaysia, kita menyediakan diri untuk menerima dua kedatangan tahun baharu. Pertama tahun Islam ataupun tahun hijri; keduanya tahun masehi yang sesetengah orang menganggap ia bukan tahun Islami, lantaran pengasasnya adalah golongan Kristian.
Walau apa pun perbahasan mengenainya, kedatangan dua tahun baharu ini sewajarnya memberikan suatu erti yang lebih bermakna buat kita.
Erti tahun baru?
Apakah ertinya tahun baru bagi kita? Sesetengah orang menyambutnya lantaran orang lain juga menyambutnya. Ada orang suka menjadikan tahun baharu sebagai neraca bagi mengukur, sejauh manakah perubahan-perubahan positif telah berjaya dicapai oleh dirinya pada setiap perubahan tahun yang menjelma. Ringkasnya, adakah lebih baik, lebih menurun atau statik tidak ke mana-mana?
Ada pula yang menjadikan tahun baharu sebagai permulaan sesuatu yang baharu, misalnya, mereka akan memulakan tabiat untuk menabung 10 peratus daripada pendapatan bermula pada tahun baharu. Malah, ada orang menjadikan tahun baharu sebagai medan memasang azam baharu, mahu menamatkan aktiviti merokok, misalnya.
Malah, tidak kurang juga ada orang yang kerjanya asyik memperteguhkan azam dan tekad terdahulu yang mungkin belum terkabul sebagaimana yang mereka mahu. Orang seperti ini sepatutnya berawas, bimbang mereka hanya suka memasang azam namun tidak komited merealisasikannya. Orang seperti ini juga, sering dianggap golongan yang rugi di dalam Islam kerana tidak berusaha untuk berubah.
Namun, awas! Memasang azam dan memulaianya pada setiap permulaan tahun baharu hanyalah kepada perkara yang harus. Janganlah memasang azam, untuk mulai menunaikan solat fardu bermula tahun baharu atau memberikan zakat yang wajib hanya pada tahun baharu. Perkara yang wajib, perlulah disegerakan, bimbang kematian lebih dahulu mendatangi kita; sedang tahun baharu masih belum bermula.
Umumnya, inilah sebahagian daripada erti tahun baru bagi sesetengah orang. Tidak ada suatu erti yang piawai, malah ia tergantung kepada nawaitu atau maksud akhir seseorang yang mahu dicapai setelah setahun masa dijalaninya.
Harus diingat, tahun baharu itu indikasinya adalah waktu atau masa. Itulah tahun, tidak kiralah jumlahnya 365 hari bagi tahun Masehi atau 354 hari bagi tahun Hijri, ia adalah masa.
Masa ini, diistilahkan oleh pepatah Arab seperti sebilah pedang. Ia disebutkan sebagai al-waqtu ka as-saif iaitu: "Waktu itu ibarat pedang; jika kamu tidak memotongnya, maka ia yang akan memotong kamu."
Sebab itulah, Islam amat berkira-kira dengan waktu dan masa. Di dalam al-Quran dan al-hadis Nabi Muhammad SAW, terdapat pelbagai versi bicara mengenai masa.
Antara yang paling lumrah disebut, ialah: Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; serta berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (al-'Asr: 1-3)
Surah ini lazimnya menjadi penutup kepada sesuatu acara. Contohnya, mesyuarat yang baik itu, diawali dengan surah al-Fatihah (pembuka) dan ditutupi dengan surah al-'Asr (masa). Inilah hakikat kepentingan masa di dalam Islam, sehingga ia disunnahkan menjadi amalan.
Bahkan, Nabi Muhammad SAW sendiri berpesan dengan pelbagai perkataan, bahawa masa itu apabila sudah berlalu, maka tiada akan kembali lagi walau sesaat. Maka, manusia dianjurkan agar menjaga masa dengan penuh manfaat.
Nabi Muhammad SAW menyatakan yang maksudnya: "Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang (lima) kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sihatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (riwayat al-Hakim)
Inilah kondisi umat Islam dan masa. Bukan namanya umat Islam, jika mereka dengan sengaja membiarkan waktu berlalu dengan percuma. Umat Islam, dijulang di dalam al-Quran sebagai peneraju dunia, sentiasa berusaha untuk berubah menjadi lebih baik setiap masa.
Ini kerana, Allah SWT telah menegaskan: Demikianlah Allah tidak akan merubah kenikmatan yang telah Dia berikan kepada suatu kaum, sehingga mereka merubahnya sendiri. (al-Anfal: 53)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130101/ba_03/Memasang-azam-baharu#ixzz2GkD1cAml
© Utusan Melayu (M) Bhd