Sunday, February 12, 2012

TIPS BELAJAR SECARA CEMERLANG


Image Detail

Proses pembelajaran melibatkan 3 perkara;

  1. Faham
  2. Ingat
  3. Kemahiran

Pemahaman.
Untuk memahamkan konsep, biasanya pelajar memerlukan bantuan samada guru, rakan atau buku rujukan. Proses memahami konsep sangatlah penting kerana setelah konsep difahami, barulah konsep itu mudah untuk diingati dan seterusnya digunakan (kemahiran). Maka kerana itulah, pelajar sangat perlu memberi perhatian yang baik kepada pengajaran guru. Sekiranya anda bermasalah dengan pengajaran guru disekolah, anda memerlukan bantuan buku rujukan, rakan atau guru tuisyen. Proses pemahaman konsep ini sangat penting untuk pelajar bergerak kepada tahap pembelajaran mengingati dan memahirkan konsep itu tetapi memahami konsep sahaja tidak bermakna, jika pelajar tidak melakukan proses kedua dan ketiga. Proses pemahaman kinsep hanya memberi sumbangan sebanyak 30% dari proses pembelajaran.

Pengingatan.
Untuk mengingati konsep, pelajar perlu mengulangkaji pelajarannya di rumah. Cara yang paling baik dan berkesan untuk mengingati konsep adalah melalui peta minta. Pelajar perlu membaca fakta dan menterjemahkannya melalui peta minta. Semasa melakukan peta minta, pastikan pelajar menggunakan pelbagai warna yang boleh menarik perhatian otak. Setelah peta minda disediakan, pelajar perlulah membaca semula peta minta itu dengan berulang kali.

Kemahiran.
Kemahiran konsep akan diperolehi melalui latihan yang banyak. Pelajar perlu membeli buku latihan topikal. Sebelum melakukan latihan dari buku latihan topikal, pelajar perlulah terlebih dahulu melakukan berulang kali latihan yang telah dibincangkan bersama guru. Setelah mendapat kemahiran dari latihan ini, barulah pelajar memperbanyakkan latihan dengan membuat latihan tambahan dari buku latihan topikal. Sekiranya pelajar ada masalah dengan latihan ini, pelajar perlulah bertanya samada kepada rakan mahupun guru.

Penerangan.
Gabungan dari tiga proses ini, saya ingin mengingatkan pelajar tentang;
  1. Pelajar pelulah bersedia sebelum kelas. Pelajar pelu melakukan ulangkaji kepada pelajaran yang telah diajar oleh guru dalam pelajaran yang lepas dan pelajar juga perlu melihat kehadapan iaitu membaca sepintas lalu pelajaran yang akan diajar oleh guru pada hari tersebut.
  2. Pelajar perlulah memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Sebaiknya, pelajar duduk di bahagian hadapan kelas dan mencatatkan pengajaran guru.
  3. Apabila pulang kerumah, pelajar perlulah melihat kembali pelajaran yang diajar oleh guru pada hari tersebut dan seterusnya menyediakan peta minda, membaca peta minta tersebut dan membuat latihan dari tajuk tersebut.
Saya yakin sekiranya pelajar mengamalkan kaedah ini secara berterusan, pelajar boleh berjaya dengan cemerlang.
Pelajar perlu menguruskan masa anda dengan baik. Pastikan masa anda tidak dibazirkan kepada aktiviti yang kurang diperlukan seperti menonton tv, bermain game di komputer atau bersms dengan phone.
Semasa proses pembelajaran, perlulah melibatkan 2 bahagian otak iaitu pembelajaran dan kretiviti. Semasa pembelajaran, pelajar perlulah menggunakan warna-warna yang menarik perhatian ataupun mendengar alunan musik tanpa lirik.

Selamat Beramal.......

No comments:

Post a Comment