Saturday, July 21, 2012

10 Sebab Mengapa Anda Perlu Berhenti atau Kurangkan Gula


Hidup tanpa gula? Oh, hilanglah kemanisan hidup! Bayangkanlah, hampir semua jenis makanan dan minuman mengandungi gula. Kalau berhenti mengambil gula, kebulur lah jawabnya. Nanti dulu, siapa kata anda perlu berhenti mengambil gula. Cukuplah sekadar untuk anda kurangkan jumlah pengambilan gula. Bila saya kata gula, ini bukan hanya gula yang kita gunakan untuk membuat air dan makanan, tetapi juga gula yang terkandung dalam makanan dan minuman anda. Bagi memelihara kesihatan anda pada tahap yang optimum, pengambilan gula harus dikawal. Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu kurangkan atau berhenti dari mengambil gula:
  1. Anda akan merasakan keadaan diri anda semakin baik, lebih bagus dari sebelumnya. Biasanya dalam masa 2 atau 3 hari, anda akan menjadi lebih peka dan menjadi lebih bertenaga dari apa yang pernah anda rasakan sebelum ini.
  2. Menjadikan tekanan darah anda rendah pada kadar yang signifikan.
  3. Anda akan mengalami penurunan berat badan! Biar saya beritahu anda. Faktor utama yang menjadikan anda gemuk ialah gula yang berlebihan! Gula menjadikan proses membakar lemak dan penurunan berat badan menjadi sesuatu yang amat sukar. Anda boleh berjoging berkilometer setiap hari, tapi jika anda tidak mengawal pengambilan gula, usaha anda hanya sia-sia.
  4. Dapat mengurangkan risiko mengalami tinggi kolesterol. Kolesterol yang tinggi, menyebabkan pelbagai penyakit terutamanya sakit jantung.
  5. Dapat mengurangkan risiko mengahadapi serangan jantung. Apabila anda mengurangkan jumlah pengambilan gula, berat badan anda akan menurun, tekanan darah dan tahap kolesterol anda juga akan mengalami penurunan. Disebabkan hal ini risiko anda untuk menghadapi serangan jantung dapat dikurangkan.
  6. Dapat memanjangkan usia. Memang benar, hidup mati itu ditangan Tuhan. Namun, secara jelasnya, apabila tubuh badan anda sihat, anda dapat mengelakkan kematian awal yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang berbahaya.
  7. Mengurangkan saiz pinggang anda. Lelaki yang mempunyai ukur lilit pinggang sebanyak 39 inci terdedah dengan risiko menghadapi sakit jantung berbanding dengan lelaki yang mempunyai ukur lilit kurang daripada itu. Jika lelaki adalah pada 39 inci, wanita pula pada 35 inci.
  8. Risiko untuk anda menghidap kanser dapat dikurangkan.
  9. Pernah dengar osteoporosis? Ia meyebabkan tulang anda mudah reput. Kurangkan gula dan anda dapat mengurangkan risiko menghadapi osteoporosis.
  10. Dapat mengelak terus dari menghidap Atrium Fibrillation. Ia dikenali sebagai penyakit gangguan irama jantung. Penyakit ini menjadikan sebahagian dari jantung anda bedegup lebih cepat dari sebahagian yang lain. Jika dibiarkan, penyakit ini mampu membunuh.
Bagaimana sekarang? Masih mahu makan dan minum sesuka hati? Terpulanglah. Tapi saya mencadangkan anda untuk memulakan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang seimbang. Setiap kali anda membeli makanan atau minuman di kedai, lihat dulu jumlah penggunaan gula yang tertera pada label makanan. Bagi yang ingin menurukan berat badan, saya cadangkan anda kurangkan pengambilan gula pada kadar 35gram saja untuk sehari. Dalam masa seminggu, lihatlah perbezaannya. Sebenarnya teknik ini saya ambil dari buku Belly Fat Cure, oleh Jorge Cruise. Jadi, jagalah kesihatan anda, kurangkan gula dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment