Nazlela Training & Consultancy Group (NLT) merupakan sebuah konsultan latihan motivasi dan bina insan yang tampil dengan pelbagai bentuk modul ke arah penghasilan modal insan yang lebih cemerlang dengan pelbagai kemahiran. Modul-modul latihan dan motivasi di Nazlela Training dibangunkan untuk memenuhi tuntutan modal insan, sesuai untuk semua golongan termasuk pelajar, orang awam, ibu bapa, badan-badan kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta.
Tuesday, April 10, 2012
JAGA 3 PERKARA KETIKA BERGURU
Ada 3 perkara yang anda perlu jaga apabila anda sedang belajar sesuatu daripada seseorang.
1. Jangan anggap anda lebih pandai daripada beliau. Jika anda rasa anda lebih pandai, anda tidak akan pelajari apa-apa. Tambahan pula, jika anda lebih pandai, mengapa anda sedang belajar sesuatu daripada beliau?
2. Jangan jatuhkan air muka atau memalukan beliau. Ada kalanya orang yang mengajar tersilap cakap atau terlupa apa yang hendak diperkatakan. Jangan ketawakan atau memandang rendah kepada beliau. Ingat, anda sedang belajar. Apabila beliau merasa malu atau terhina, anda tidak akan diajar dengan hati yang terbuka. Anda yang akan rugi, bukan beliau.
3. Walaupun apa yang diterangkan oleh beliau anda sudah tahu, anda tidak perlu menunjuk-nunjuk. Maksudnya, anda tidak perlu sibuk cuba menunjukkan yang anda sudah tahu dengan berkata “ha, saya dah tau?yang tu.” atau “benda ni saya dah pandai, takyah cerita pun takpe” dan sebagainya.
Ingat putera & puteriku semua, jaga adab ketika menuntut ilmu. Ilmu itu cahaya, ia tidak akan masuk dalam hati yang gelap. Beradablah ketika bersama guru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment