Tuesday, April 10, 2012

TEKNIK MEMBACA YANG BERKESAN


Teknik Membaca SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey) - tinjau
Q (question)- soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula

• Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.

  • • Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

  • • Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

  • • Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

  • • Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

  • • Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

  • Cara kerja strategi adalah berikut :
    • Sebelum memulai membaca, ambil masa 1 minit untuk melakukan survey. Semak bab yang hendak di baca secara keseluruhan; apa saja judul dan sub judulnya, bagaimana strukturnya yang mudah di, perhatikan apakah ada ringkasan, rujukan atau kesimpulan. perhatikan apakah kita dapat memperolehi sekurang - kurangnya tiga fikiran / topik utama dalam bab tersebut.

  • • Question (bertanya), memakan waktu kurang dari 30 saat. Masalah apa yang akan dibahas dalam bab tersebut dan dalam sub-sub judulnya? Masalah apa yang sedang kita fikirkan dan dijawab oleh bab ini? Dengan demikian, anda sudah terlibat dan memasuki dari bab tersebut.

  • • Read, lakukan dengan cepat yang selesa bagi kita, tidak perlu terlalu cepat. Bacalah setiap bahagian sekali dan carikan jawapan dari pertanyaan yang telah ada di benak kita (active reading).

  • • Recite (bacakan) atau tuliskan kata kunci yang meringkas semua maksud dari bahagian yang kita baca dengan ayat kita sendiri. Hal ini penting kerana dengan demikian menunjukkan kita telah memahami maksud bacaan.

  • • Review (meninjau kembali atau mengulang), setelah kita memiliki sejumlah kata-kata kunci yang merupakan kerangka (outline) dari keseluruhan bab. ujilah diri kita dengan mengulang kata-kata kunci tersebut dan perhatikan apakah kita dapat mengingat kembali semuanya. Lakukan perkara ini dengan segera setelah anda menyelesaikan satu bab jika ada bahagian yang tidak dapat kita ingat dengan baik, ulangi membaca bahagian tersebut. Proses ini memakan waktu kurang dari 5 minit.

  • Untuk memahami
    Teknik ini banyak digunakan untuk membaca materi pelajaran yang baru. Membaca dilakukan dengan lebih perlahan, mendalam dan diulang-ulang, sehingga berjaya di serap dalam ingatan. Untuk mengulang, dapat digunakan teknik skimming.

  • Mengeja
    Teknik ini digunakan jika terdapat istilah asing, misalnya fenilpropanolamina, HCI. Tujuannya agar pengejaan nama tidak salah dan nama tersebut benar-benar masuk dalam ingatan.

  • Mencatat
    Jika berjaya membuat pembacaan yang banyak, catatan-catatan kecil berupa kata kunci atau "jambatan keldai" akan sangat membantu mengingat keseluruhan bacaan.

  • Mengingat
    Mengingat merupakan satu perkara yang boleh dipelajari. Apabila sesuatu perkara yang kita baca tetapi tidak boleh kita ingati, ia akan menjadi hanya proses ingatan jangka pendek. Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita cuba mangingat. Apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa. Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat. Nombor kad pengenalan yang kita ingati itu adalah proses ingatan jangka panjang. Contoh proses ingatan jangka panjang yang lain adalah seperti nombor telefon rumah sendiri, nombor telefon rumah teman rapat, warna kereta dan sebagainya. Ingatan jangka pendek akan mudah lupus dari ingatan kita. Justeru ingatan menjadi perkara penting, lebih-lebih lagi apabila mahu menghadapi peperiksaan. Maka satu kaedah mengingat yang sistematik amat diperlukan.
    Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, setelah kita mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai kemahiran pembelajaran yang berkesan. Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi kemahiran belajar yang berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai contohnya termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota secara neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.
  • No comments:

    Post a Comment